
Tentang Kami
Oohlala Goodiz diasaskan oleh Aurora Rizq Resources (SSM No:SA0483834-M) pada tahun 2015. Pada awalnya, ia dijalankan secara sambilan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang goodies ini, pemilik perniagaan membuat keputusan untuk menjalankannya secara sepenuh masa. Aurora Rizq Resources juga telah berdaftar dengan SSM Biz Trust untuk mendapatkan lebih kepercayaan dari pengguna.
​
Misi Oohlala Goodiz adalah untuk GEMBIRA, membantu anda untuk gembira dengan perkhidmatan kami dan seterusnya kegembiraan anda adalah kepuasan bagi kami.Sebahagiaan dari keuntungan kami pula akan disalurkan kepada insan-insan yang memerlukan di badan kebajikan, rumah anak yatim piatu dan sebagainya. Kesimpulannya, dengan mengambil kami sebagai penyedia goodies anda, anda turut menjadi penyumbang bagi kegembiraan insan lain.

Tentang Pengasas
Pengasas Oohlala Goodiz adalah seorang wanita dengan 2 orang anak. Beliau telah berkhidmat dalam bidang profesional sebelum ini di beberapa buah syarikat selama lebih dari 10 tahun.
​
Didorong oleh minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau nekad untuk berhenti kerja dan meneruskan impiannya untuk mempunyai perniagaan sendiri.
​
Seorang yang berdikari dan berwawasan tinggi. Baginya,sesuatu pekerjaan tidak akan menjadi beban sekiranya ianya dilakukan penuh minat dan gembira setiap hari.