
MASALAH DOORGIFT SELESAI DALAM 1 HARI!!
Tanpa perlu ke kedai, tanpa perlu ambil cuti & tanpa sebarang kos
petrol, tol dan parking!
-
Tak sempat nak cari, hari biasa kena berkerja dari pagi sampai ke petang/malam. Bos pulak susah nak kasi cuti.
-
Bila hari minggu, kena bersesak ke kedai goodies atau doorgift. Sesak di jalanraya, sesak dengan orang ramai pulak.
-
Tak tahu kedai mana yang jual goodies atau doorgift murah dan cantik. Sesuai dengan bajet.
-
Kena survey dulu berjam-jam untuk cari yang sesuai.
-
Kos parking, minyak dan tol. Bila balik kepenatan. Ambil masa untuk siapkan goodies atau doorgift.
-
Nak DIY sendiri, tiada yang boleh tolong. Saudara-mara pon sibuk dengan urusan masing-masing. Masa semakin suntuk.
-
Nak goodies cantik tapi tak tahu nak buat sendiri. Tak cukup kreatif.
Hah, ini lah antara masalah-masalah orang perempuan khususnya yang berkerjaya bila nak adakan majlis. Tak kiralah Majlis Pertunangan, Perkahwinan, Kenduri Kesyukuran, Harijadi, Aqiqah dan sebagainya, mesti pening kepala nak cari goodies untuk tetamu yang hadir.
​
Kajian dari Kementerian Kesihatan menunjukkan wanita secara umumnya menghadapi stress mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Aikkkk...apa kaitan kajian ni??
Yela, nak menguruskan majlis ni pon kalo buat kecil-kecil pon, mesti nak kena fikir macam-macam kan. Bila banyak kena fikir, campur dengan penat pula, tu yang boleh jadi stress tu. Oohlala Goodiz memahami sebab kami pon wanita:). Jadi jangan stress. Di zaman sekarang ni, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.
Wahai bakal pengantin dan ibu-ibu yang berkerjaya, adakah anda mengalami masalah-masalah berikut??
Tahukah anda?
Ramai wanita berkerjaya sekarang memilih untuk mencari goodies secara online saja kerana ianya AMAT MUDAH dan SANGAT EFEKTIF dari segi masa, tenaga, kos dan wang. Setakat ini, pelanggan kami berasa amat puas hati dengan pakej dan perkhidmatan dari Oohlala Goodiz. Bila anda puas hati, tercapailah matlamat kami. Sesuai dengan hashtag kami - #servisbelijiwa
Kenapa kena pilih Oohlala Goodiz?

KEGEMBIRAAN
Sesuai dengan misi Oohlala Goodiz, anda akan hanya mendapat kegembiraan dengan tempahan goodies yang murah dan cantik dari kami. Kurangkan sebab untuk anda berasa stress kerana dalam checklist untuk majlis anda, ada banyak lagi perkara yang perlukan perhatian anda. Bertindaklah dengan bijak. Nak cari goodies murah dan cantik, ingat Oohlala Goodiz. Anda gembira, kami gembira.

PILIHAN TERBAIK
Hasil maklumbalas dari pelanggan, Oohlala Goodiz adalah pilihan terbaik dan dipercayai dalam menyediakan goodies murah dan cantik di sekitar Lembah Klang dan di luar kawasan. Goodies yang disediakan mengikut pilihan dan kehendak pelanggan. Pelanggan kami tidak akan menyesal memilih kami sebagai penyedia goodies/doorgift untuk sebarang majlis sosial dan korporat.

KEPUASAN
Di Oohlala Goodiz, kami akan memberikan kepuasan maksimum berkenaan penyediaan goodies/doorgift untuk pertunangan, perkahwinan, aqiqah, harijadi, kesyukuran, baby shower dan sebagainya. Goodies murah dan cantik akan sampai tepat pada waktu yang pelanggan kami mahukan, berbaloi dari segi harga dan servis yang kami berikan.

SAHAM AKHIRAT
Sambil anda berbelanja untuk penyediaan majlis anda, Oohlala Goodiz turun menekankan aspek 'berbelanja sambil menderma'. Kami dari awal ingin mempraktikkan budaya ini dengan mendermakan 10% dari hasil jualan kami ke pihak yang memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebagainya. Ianya berbalik kepada misi kami iaitu menggembirakan orang lain.
Testimoni dari pelanggan-pelanggan Oohlala Goodiz
6 sebab untuk anda gembira dengan Oohlala Goodiz

PANTAS
Kami akan memberikan respon yang pantas untuk segala pertanyaan serta permintaan sebutharga bagi goodies/doorgift yang anda perlukan secepat yang boleh. Buat masa ini tempahan dilakukan secara online melalui email dan whatsapp.





MUDAH
Tempahan boleh dilakukan secara online dan dihantar secara terus ke rumah anda. Izinkan kami untuk memudahkan kerja anda dan meringankan beban dalam checklist persiapan majlis penting anda.
KOS MINIMUM
Oohlala Goodiz sentiasa memberikan harga yang terbaik dan berpatutan untuk anda supaya ianya dapat membantu meminimumkan kos majlis anda secara keseluruhannya.
​
EFEKTIF
Selain efektif dari segi masa dan kos, anda juga tidak perlu menghabiskan tenaga untuk membelinya dari kedai dan risau tentang urusan pengambilan atau penghantaran. Maklumkan sahaja lokasi anda, kami akan uruskan penghantaran goodies dengan selamat.
MEMAHAMI
Di Oohlala Goodiz, kami sangat memahami keperluan kaum wanita untuk persiapan majlis kerana pihak kami juga adalah wanita. Anda hanya perlu nyatakan kehendak anda dan kami akan memenuhinya semampu kami.
PELBAGAI PILIHAN
Nyatakan apa saja jenis majlis anda, kami akan memberikan pilihan goodies yang murah dan cantik yang sesuai dengan tema majlis anda. Tidak perlu untuk survey banyak tempat kerana kami akan memudahkan anda untuk membuat pilihan. Anda boleh pilih goodie bag kertas, kotak, ziplog, botol kaca dan lain-lain lagi.
Pakej Murah dan Cantik dari Oohlala Goodiz
Di Oohlala Goodiz, kami kategorikan pakej mengikut harga agar memudahkan anda untuk memilih berdasarkan bajet untuk majlis anda. Berikut adalah pakej goodies yang kami sediakan.

Setiap item-item goodies atau doorgift telah dikategorikan mengikut pakej seperti di bawah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk melihat item dengan lebih terperinci , slik klik KATALOG
Jika anda mempunyai idea atau goodies kesukaan yang lain dari yang kami paparkan, Oohlala Goodiz sangat mengalu-alukan cadangan dan pilihan anda yang tersendiri. Anda boleh sentiasa berbincang dengan konsultan kami :)
Tawaran Istimewa dari Oohlala Goodiz
Khas untuk anda yang berada di Shah Alam, kami menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA..FREE DELIVERY!! untuk tempahan goodies dari anda. Dah la goodies murah dan cantik, tiada caj penghantaran pula tu :). Rugi kalo anda yang berada di Shah Alam tak ambil peluang ni. Tawaran ini sah sampai hujung tahun 2017 ini.
​
Bagi di luar kawasan, kami pon akan bagi caj penghantaran yang berpatutan dengan menggunakan poslaju ataupun syarikat kurier yang dipercayai supaya goodies anda sampai dengan selamat.

Ada lagi tawaran untuk anda??Ye ada!Untuk tempahan goodies 500pcs ke atas anda akan dapat FREE sticker untuk goodies anda. Sticker custom made mengikut design yang anda inginkan. Boleh letak nama sendiri, nama orang yang diraikan, ucapan terima kasih dan sebagainya.
​
Tawaran dari kami ini akan berubah dari semasa ke semasa. Untuk dapatkan tawaran terkini dari kami dan jika anda tidak mahu terlepas pandang, bolehlah like FB page atau follow IG kami ye.
Syarat-Syarat Tempahan
1) Pelanggan diminta membuat tempahan sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis. Lagi awal lagi bagus kerana kami boleh membuat persiapan dengan teliti dan lebih baik.
​
2) Tempahan hanya akan diproses setelah pelanggan bersetuju dengan harga yang diberikan dan bayaran deposit 50% diterima dari pelanggan. Jika tempahan dibatalkan, deposit tidak akan dipulangkan.
​
3) Sebarang penambahan/perubahan terhadap goodies yang ditempah selepas sebutharga rasmi diberikan adalah tertakhluk kepada keadaan semasa seperti faktor masa dan sebagainya yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Untuk tempahan di Oohlala Goodiz, anda boleh hubungi kami
dengan hanya klik
​
atau
​
Boleh juga like dan follow FB page & IG kami ye
​
​
​
Kami di Oohlala Goodiz mendoakan urusan majlis anda dipermudahkan.
Terima kasih .